our

FAQ

Serum merupakan produk penjagaan kecantikan yang digunakan selepas membersihkan wajah tetapi sebelum anda meletakkan pelembap wajah untuk memastikan kandungannya dapat diserap secara optimum ke lapisan kulit yang paling bawah pada wajah anda.

Hanya Serum berkeupayaan bertindak sedemikian kerana molekulnya yang kecil dan halus mampu menembusi kedalam lapisan kulit . Sudah tentu Serum adalah solusi terbaik dalam menyelesaikan masalah yang lebih spesifik seperti jerawat, kulit sensitif dan tanda-tanda penuaan.

SERUM adalah salah satu langkah untuk merawat kulit wajah. SERUM diibaratkan seperti baja yang memberikan nutrisi pada tanah. maka dengan ini SERUM memberikan nutrisi secara terus apa yang diperlukan pada kulit wajah.

Pelembap bertindak memberikan kelembapan pada kulit wajah. SERUM pula bertindak dengan lebih optimum dan efektif ke lapisan kulit yang lebih dalam pada lapisan epidermis untuk mengatasi masalah jerawat, jeragat, kedutan dan isu-isu lain berkaitan masalah kulit muka yang lebih serius.

“Mencegah Lebih Baik daripada Merawat’ . Kita tidak memerlukan untuk umur kita mencecah 34 tahun, 47 tahun mahupun 55tahun baru kita bertindak untuk memelihara dan memulihara kulit wajah kita. Memulakan penjagaan awal dengan menggunaka serum rumusan bahan semulajadi terbaik sebelum tanda penuaan (aging) timbul di wajah akan menjadikan kita lebih kekal kelihatan muda dan kulit wajah lebih sihat, anjal dan lembut.

Anda pasti akan terkejut sejurus lepas anda menitiskan serum ini diatas tapak anda. Tekstur dari gabungan minyak pati yang cukup lembut serta harum ini akan pastinya dapat menyerap dengan pantas ke dalam lapisan kulit wajah anda tanpa anda sedari. Anda akan mengalami perubahan ketara selepas 5 minit menggunakan 4Weeks Beauty Faceoil serum dimana anda akan merasakan wajah anda mengalami kelembutan berbanding sebelumnya.

Kami cadangkan anda untuk memilih kandungan serum yang berasaskan hanya dari bahan- bahan semulajadi dan organic contohnya daripada minyak pati bunga agar kandungan aktif semulajadinya dapat memberikan antioksidan kepada kulit wajah secara optimum, menghasilkan dan memelihara sel-sel kulit baru dan mampu mengecilkan saiz liang pori.

Rutinnya, di waktu siang, aktiviti anda akan lebih padat melakukan aktiviti-aktiviti samada didalam rumah mahupun di luar rumah. Permukaan kulit anda lebih mudah terdedah pada radikal bebas.

Aplikasi terbaik adalah pada waktu malam sejurus sebelum anda bersedia untuk tidur agar serum ini dapat meresap secara optimum terus ke dasar lapisan kulit wajah anda untuk melaksanakan peranannya sebagai ‘skin mechanic’

Serum ‪4WeeksBeauty by Ally&Anna telah diformulasi untuk memberikan kesan seawal 4 minggu. Ia tidak menjadi masalah sekiranya ingin mengunakan lebih dari sekali; iaitu pada waktu pagi dan juga malam. Walaubagaimanapun, dengan hanya mengaplikasikan serum ini ke wajah anda sehari sekali, ia akan bertindak secara optimum untuk memenuhi keperluan asas yang diperlukan oleh kulit wajah anda.

4Weeks Beauty Face Oil Serum diformulasikan secara unik dan teliti melalui gabungan daripada 9 minyak pati semulajadi dan organics yang MEWAH; salah satunya adalah dari bunga Immortelle.

Ia diformulasikan khusus untuk merawat wajah secara optimum dengan menghasilkan semula dan melindungi sel-sel baru kulit wajah dan ia juga bertindak dengan efektif memudarkan kesan parut dan mengurangkan radang pada kulit wajah.

Anda jangan terperanjat sekiranya pipi anda menampakkan kemerah-merahan atau “blushing effect” selepas 4 minggu penggunaan disebabkan kulit anda telah menjadi semakin sihat hasil dari kelancaran peredaran darah dibawah lapisan kulit.

CUBALAH SEBOTOL JIKA INGIN MELIHAT SENDIRI KEBENARANNYA. Pasti TERUJA!!!

Sign Up Now!

For Exclusive News and Promotions!